Monday, April 22, 2013

As Syifa' Garam Bukit


Untuk Makan
RM21.00 - Free Cost Post

Mandian, Rendaman

RM21.00 - Free Cost Post


Garam Bukit As Syifa

Alhamdulillah, dengan izin Allah produk Garam Bukit As Syifa dapat di pasarkan dan dimanfaatkan oleh umat Islam bagi ikhtiar membantu dalam pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan ini.
Garam Bukit As Syifa merupakan 100% garam bukit yang diperolehi dari pergunungan Himalaya sebelah Pakistan adalah sangat berkhasiat kepada tubuh badan jika diamalkan selalu.Telah diamalkan berkurun lamanya untuk memelihara kesihatan. Amat berkhasiat dalam membantu menyahkan toksin di dalam badan sama ada digunakan secara luaran ataupun diamalkan sebagai pemakanan.
Disamping khasiat Garam Bukit yang telah sedia maklum akan kebaikannya, Garam Bukit As Syifa ini juga telah di Rukyahkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan Doa-doa Mustajab bagi dimanfaatkan sebagai ikhtiar dalam memohon pertolongan Allah bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi samaada dalam ataupun luaran.
Pokok utama produk ini disediakan hanyalah sebagai ikhtiar kita di dalam memohon kepada Allah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagaimana yang kita ketahui secara fitrahnya Garam Bukit telah Allah tentukan khasiat-khasiatnya untuk kegunaan hambanya. Disokong dengan hadis-hadis dari Rasullullah S.A.W yang menceritakan kelebihan dan khasiat Garam Bukit serta Ayat-ayat Quran sebagai ikhtiar penyembuh segala penyakit. Kesembuhan dan pemulihan dari sebarang penyakit ataupun masalah dihadapi adalah 100% dari Allah.
Memiliki Garam Bukit As Syifa ini sebaiknya disimpan dirumah sebagai persedian untuk digunakan diwaktu-waktu yang perlu dan disaat ujian kepada kita yang kita tidak pernah menjangkakan. Untuk Rawatan masalah dan penyakit yang sedia ada eloklah diamalkan sehingga Allah mengizinkan masalah atau penyakit dihadapi sembuh sepenuhnya.
Di sebabkan zaman ini masih ujud amalan-amalan khurafat yang memorak perandakan manusia dan kelemahan umat dari amalan dan pembacaan Al-Quran secara yang betul, maka sedikit usaha ini diharap dapat menyumbang bantuan kepada orang ramai bagi menghadapi masalah-masalah tersebut.
BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL
nn

Maklumat Produk

Garam Bukit As-Syifa adalah merupakan sumber garam asli yang diperolehi dari pergunungan Himalaya di sebelah Pakistan yang telah diketahui umum mempunyai pelbagai khasiat kesihatan kepada tubuh badan manusia. Ianya telah digunakan sejak sekian lama dari generasi ke generasi dalam pelbagai kegunaan seperti rawatan kesihatan luaran dan dalaman badan disamping dijadikan pemakanan harian dan digunakan untuk masakan. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia                                                                        
Sunnah                                 
Rasulullah S.A.W menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan: “Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubitgaram,  Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah kusta, sakit perut dan sakit gigi. Selebihnya Allah yang Maha Mengetahui.”
Perbezaan Garam Bukit dengan Garam Biasa                                
Garam Gunung Himalaya ternyata berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam biasa memudaratkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam  Bukit merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudaratannya.
Kebaikan Garam Bukit                                                                         
Garam Bukit sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis. Melembut & mengekalkan kecantikan kulit secara semulajadi.Mencerahkan kulit serta mengembalikan keremajaan tubuh badan. Membuang kekotoran,toksin & sel-sel kulit mati.Melancarkan peredaran darah & menenangkan fikiran. Merawat masalah kulit seperti jerawat,parut dll.
Khasiat Bacaan Surah dan Doa
Garam Bukit As Syifa telah dibacakan surah-surah dan doa bagi pelbagai tujuan dan hajat yang diperlukan oleh kita sebagai manusia yang lemah dan sentiasa perlukan pertolongan dari Allah SWT bagi memohon hajat dan perlindunganNya. Bacaan surah dan doa seperti Yassin, Surah-Surah Rukyah,Ratib Al Haddad, Al Ma’thurat, Selawat Syifa, Selawat Tafrijyyah, Doa-doa Mustajab (seperti doa keselamatan,kesihatan,tolak bala, Doa kesembuhan penyakit, Doa permudah urusan dan hajat, Doa elak gangguan, Doa Kelapangan hati, Doa gangguan makhluk halus, Doa Murah Rezeki, Doa Rawatan Angin Ahmar, lumpuh dan strok, Doa Pelindung Kecurian) ,Doa-Doa Pendinding (seperti Doa Pembatal Sihir, Doa Doa Penunduk Sihir, Doa Pendinding Sihir, Doa Pendinding darpada Syaitan, Doa menghindar Syaitan, Doa Penghindar Hasutan dan gangguan Syaitan) , Bacaan Al-Muawwiat, Ruqyah Nabawiyah, Al-Manzil, Hizib Iman Nawawi, Hizib Bahar, Bacaan Ayat-ayat penyembuh dan Doa-doa dalam Al-Quran.
** Amalkan dengan bacaan Al-Fatihah, Selawat dan Doa kepada Allah mengikut hajat yang diinginkan dengan menetapkan hati dan niat hanyalah Allah sahaja yang berkuasa memberikan pertolongan dan menunaikan segala hajat serta menyembuhkan segala penyakit.
BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL

1 comment:

  1. 1 bekas garam tu bape kg yer??
    available lg x?
    camne nk contact yer klu nk beli??

    ReplyDelete